Skip to main content

Tahun lalu permainan Star Wars Battlefront II telah menerima kecaman yang tinggi dari peminat siri Star Wars dan juga Battlefront. Sistem kotak tikam dengan transaksi mikro dilihat sebagai percubaan keji dari Electronic Arts untuk menangguk di air keruh bagi mencatatkan keuntungan jualan yang tinggi. Minggu lalu laporan kewangan EA telah diterbitkan dan Star Wars Battlefront II didapati tidak mencapai sasaran jualan dengan hanya 7 juta terjual.

Pasca pengumuman ramai merasakan sudah tiba masanya Disney menarik hak penerbitan permainan Star Wars dari EA kerana mereka teleh merosakkan nama baik siri terkemuka ini. Antar ayang menjadi tanda tanya ialah nasib permainan Star Wars Jedi : Fallen Order. Pagi ini permainan yang dibangunkan oleh Respawan Entertainment disahkan akan dilancarkan pada musim luruh 2019. Ini ialah sekitar bulan September hadapan.

Apa yang diketahui setakat ini ialah Star Wars Jedi : Fallen Order ialah permainan solo dengan jalan cerita dari pandangan pihak ketiga. Ia berlaku selepas usainya Star Wars Episode III dan termaktub di dalam cerita rasmi Star Wars. Walaupun dibangunkan oleh Respawan, ia tidak menggunakan pasukan yang terlibat dengan Apex Legends dan Titanfall 2. Paling menarik Stig Asmussen, yang sebelum ini mengarahkan God of War III akan mengarahkannya. Kami hanya boleh berharap permainan ini tidak akan dibatalkan pada saat akhir seperti yang berlaku kepada studio Visceral Games sebelum ini.

Leave a Reply