Informasi Permainan Video Terkini
Adidas Melancarkan Enam Pasang Ultra Boost 4.0 Bertemakan Siri Game of Thrones

Adidas Melancarkan Enam Pasang Ultra Boost 4.0 Bertemakan Siri Game of Thrones

Diterbitkan pada Feb 5, 2019 oleh .

Sneakers are coming! Ini ialah perkara pertama yang terpacul dari kepala kami apabila melihat koleksi enam kasut Adidas Ultra Boost 4.0 yang bertemakan siri popular HBO Game of Thrones. Keenam-enamnya mempunyai rekaan yang sama cuma dengan pilihan warna yang berbeza. Enam rekaan yang dilancarkan ialah White Walker, House Stark, House Lannister, Night’s Watch, House Targaryen dan Daenerys

Rekaan yang paling menarik minat kami ialah House Lannister dengan kemasan emas pada logo Adidas dan warna merah yang kelihatan agresif. Harga dan tarikh jualan masih belum diumumkan tetapi pastinya serentak dengan penayangan musim terakhir Game of Thrones pada April hadapan. Adidas Ultra Boost 4.0 biasanya dijual pada harga sekitar RM850 sepasang di Malaysia. Pastinya versi unik ini dijual pada harga yang menyebabkan anda terpaksa meminjam dari Iron Bank. It is known.


TIPS & ULASAN