Informasi Permainan Video Terkini
Permua Dr. Mario World Diumumkan – Bakal Tiba Tahun Ini

Permua Dr. Mario World Diumumkan – Bakal Tiba Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 4, 2019 oleh .

Nintendo baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan mengembangkan lagi senarai permua di peranti telefon pintar iaitu Dr. Mario World.

Permua tersebut akan dibangunkan berdasarkan permainan Dr. Mario yang dilancarkan di NES dimana ianya memfokuskan bentuk tekaria penyusunan pil-pil berdasarkan warna.

Menurut Nintendo, permua tersebut akan tiba di peranti iOS dan Android secara percuma. Bagi tarikh pelancarannya, Nintendo menyatakan ianya bakal tiba sekitar bulan Jun tahun ini.

Dengan pengumuman ini, tampaknya permua Nintendo bakal dikembangkan dengan pelbagai permainan dari mereka yang mana Super Mario Run, Fire Emblem dan Animal Crossing sebelum ini telah pun dilancarkan. Walaupun permua Mario Kart Tour ditundakan, ianya masih lagi bakal tiba tahun ini dan Nintendo sememangnya akan mengembangkan lagi permua-permua mereka di peranti telefon pintar menjelang tahun ini.


TIPS & ULASAN