Ketika acara peminat Final Fantasy XIV yang berlangsung hujung minggu lepas di Paris, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan membawa pernambahan terbaru untuk Final Fantasy XIV, iaitu Shadowbringers pada bulan Julai ini.

Final Fantasy XIV: Shadowbringers merupakan pernambahan yang diumumkan oleh Square-Enix pada tahun lepas yang mana ianya mengembangkan lagi penceritaan permainan tersebut dan juga menyertakan sebilangan kandungan baharu seperti kelas watak dan musuh-musuh baharu.

Selain dari kelas watak Blue Mage yang diumumkan sebelum ini, Square-Enix juga bakal membawa kelas watak baharu iaitu Gunbreaker dimana watak ini akan memfokuskan penggunaan senjata Gunblade.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi kemaskini baharu seperti kawasan baharu II Mheg dan Rak’tika Greatwood. Terdapat juga sebilangan kemaskini permainan tersebut bentuk New Game+ raksasa baharu Pixies dan Primal baharu, Titania.

Selain itu, Square-Enix juga memperkenalkan kaum baharu iaitu Viera untuk pemain gunakan sebagai watak pemain di dalam permainan ini. Viera merupakan kaum yang asalnya diperkenalkan di Final Fantasy Tactics dan kemudiannya Final Fantasy XII.

Tambahan itu bagi anda yang masih belum mempunyai permainan Final Fantasy XIV, Square-Enix juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi Collector’s sempena dengan pelancaran pernambahan ini dimana ianya akan dijual pada tarikh yang sama melalui laman rasmi Square-Enix.

Melalui edisi ini,ianya akan menyertakan satu kotak khas dengan rekaan ilustrasi Yoshitaka Amano bersama-sama dengan figura khas Dark Knight. Selain itu, buku karya seni, kad permainan dan pemegang dengan rekaan khas Final Fantasy XIV: Shadowbringers. Kandungan digital seperti senjata Gunblade Revolver juga akan disertakan secara bersama.

Ianya tidak terhenti setakat itu sahaja dimana pada masa yang sama Square-Enix juga umum acara kolaborasi khas bersama permainan Final Fantasy XV dimana melalui permainan Final Fantasy XIV, pemain berupaya untuk bekerjasama bersama Noctis dan bertempur pelbagai jenis musuh dari permainan tersebut.

Menariknya juga, kolaborasi ini juga akan menyertakan kenderaan Regalia Type-F dan pemain berupaya untuk memandu dan menerbangkan kenderaan tersebut seperti di dalam permainan Final Fantasy XV.

Pernambahan Final Fantasy XIV: Shadowbringers bakal dilancarkan pada 2 Julai 2019 ini di Playstation 4 dan PC. Final Fantasy XIV itu sendiri telahpun dilancarkan beberapa tahun lepas dengan pelbagai kandungan tambahan seperti Stormblood, Heavensward dan A Real Reborn.


Sohor Kini