Informasi Permainan Video Terkini
Left Alive Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM229

Left Alive Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM229

Diterbitkan pada Feb 1, 2019 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal membawa permainan Left Alive oleh Square-Enix ke pasaran Malaysia. Menurut mereka, permainan tersebut akan dijual pada 5 Mac 2019 untuk edisi fizikal manakala edisi digital bakal tiba pada 6 Mac 2019 ini.

Menurut Sony, mereka akan melancarkan edizi fizikal yang mana ianya akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti senjata tambahan, pek peluru dan bom tangan bersama-sama dengan perisai tambahan. Selain itu edisi digital juga akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti senjata Slava dan pek barangan tambahan.

Bagi anda yang berminat, edisi fizikal akan dijual degan harga RM239 manakala edisi digital pula akan dijual dengan harga RM229.

Sebelum ini kami juga telah berkongsi informasi berkenaan permainan tersebut dimana anda boleh melayari pautan ini.

Left Alive merupakan permainan aksi pertahanan hidup yang dibangunkan oleh Square-Enix. Permainan ini bertempatkan di dunia Front Mission dan memfokuskan tiga watak utama. Ianya bakal tiba Mac ini di Playstation 4 dan PC.


TIPS & ULASAN