Informasi Permainan Video Terkini
Metronomik Kongsi Informasi Lanjut Berkenaan No Straight Roads
PC

Metronomik Kongsi Informasi Lanjut Berkenaan No Straight Roads

Diterbitkan pada Feb 1, 2019 oleh .

Metronomik, iaitu satu studio pembangun permainan di Malaysia hari ini berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan pertama mereka iaitu No Straight Roads melalui video acah khas.

Melaluinya, mereka memperlihatkan sebilangan bentuk permainan, bagaimana ianya dihasilkan dan latar belakang sejarah permainan tersebut. Selain itu, mereka juga memperlihatkan sebilangan kandungan permainan tersebut yang bakal mereka bawakan apabila ianya dilancarkan kelak.

No Straight Roads adalah permainan yang memfokuskan bentuk permainan aksi dan bertemakan rentak muzik. Menurut Wan Hazmer, permainan ini akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan PC pada tahun ini.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Metronomik, ianya merupakan studio pembangun di Malaysia yang diketuai oleh Wan Hazmer, iaitu bekas ketua pereka buat permainan Final Fantasy XV. Sebelum ini kami juga berkongsi sebilangan temu-bual bersama Wan Hazmer dimana anda boleh melihatnya dibawah.



TIPS & ULASAN