Skip to main content

Atlus hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan Persona Q2: New Cinema Labyrinth iaitu ianya bakal tiba secara esklusif di Nintendo 3DS pada 4 Jun 2019 ini.

Menurut laporan Gematsu, permainan tersebut akan dilancarkan dengan suara latar bahasa Jepun dan sari kata bahasa Inggeris. Buat masa ini, suara latar bahasa Inggeris tidak lagi diumumkan.

Selain itu, Atlus juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi terhad permainan tersebut yang mana ianya akan menyertakan patung Koromaru plush, buku karya seni, kad permainan, empat set butang dan kotak dengan rekaan khas.

Bagi anda yang pernah bermain permainan Persona Q: Shadow Of Labyrinth sebelum ini, permainan Persona Q merupakan permainan sampingan buat siri Persona yang penceritaanyannya tersendiri. Dari segi grafik, permainan ini mempunyai rekaan visual yang lebih comel dan bentuk permainan yang lebih ke arah dungeon crawler.

Persona Q2: New Cinema Labyrinth kali ini akan memfokuskan watak-watak dari Persona 3, Persona 3 Portable, Persona 4 dan juga Persona 5. Selain itu, permainan ini juga bakal mempunyai penceritaannya tersendiri dan merupakan sambungan untuk Persona Q: Shadow Of Labyrinth.

Bagi anda yang meminati siri Persona, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini menjelang Jun kelak.

Leave a Reply