Skip to main content

THQ Nordic hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Darksiders Warmastered Edition ke konsol Switch pada 2 April 2019 ini.

Permainan tersebut merupakan permainan yang dipernambah-baik daripada permainan Darksiders pertama yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Ianya kemudian mendapat versi Darksiders Warmastered Edition di Playstation 4, Xbox One, Wii U dan PC pada tahun 2016 lepas.

Darksiders Warmastered Edition meletakkan pemain sebagai watak War iaitu salah seolah daripada empat Horsemen Of The Apocalyse. Permainan ini memfokuskan bentuk aksi pengembaraan dimana pemain berupaya untuk bertempur, melompat dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin kembali ke permainan Darksiders pertama di Switch, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya menjelang April ini.

Leave a Reply