Bandai Namco hari ini mengumumkan yang permainan My Hero One’s Justice telah terjual sebanyak 500 ribu unit secara global selepas dikeluarkan tahun lepas. Namun, mereka tidak berkongsi jumlah penjualan berdasarkan platform.
My Hero One’s Justice merupakan permainan perlawanan yang berdasarkan anime terkenal, iaitu My Hero Academia. Melaluinya, pemain berupaya untuk menggunakan sebilangan watak-watak adiwira dari siri anime tersebut untuk bertempur sesama pemain ataupun bermain mod penceritaan adiwira dan penjahat.
My Hero One’s Justice sudah dikeluarkan pada 26 Oktober 2018 di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.