Nintendo hari ini melaporkan yang Nintendo Switch telah terjual sebanyak 32.38 juta unit iaitu peningkatan sebanyak 9.42 juta unit berbanding jumlah pada akhir September tahun lepas iaitu 22.86 juta unit.
Dengan kata lain, selepas suku ketiga Switch telah terjual sebanyak 14.49 juta unit untuk tahun kewangan 2018-2019. Nintendo sebelum ini menyasarkan untuk menjual 20 juta unit bagi tahun tersebut. Namun, tampaknya sasaran tersebut sukar untuk dicapai dan Nintendo mengumumkan sasaran baharu iaitu sebanyak 17 juta unit iaitu 2.51 juta unit untuk suku terakhir, Mac kelak.
Selain itu mereka juga mengumumkan jumlah perisian yang terjual adalah sebanyak 163.61 juta unit setakat ini, dan permainan baharu mereka iaitu Super Smash Bros. Ultimate terjual sebanyak 12.08 juta untuk bulan pertama pengeluaran yang merupakan satu pencapaian yang sangat baik.
[info]Bacaan Lanjut: 4 Sebab Mengapa Super Smash Bros Ultimate Unik Berbanding Permainan Perlawanan Lain[/info]