Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Februari 2019 Diumumkan – Menyertakan For Honor Dan Hitman

Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Februari 2019 Diumumkan – Menyertakan For Honor Dan Hitman

Diterbitkan pada Jan 31, 2019 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Februari 2019 ini untuk pelanggan Malaysia.

Kali ini, Sony membawa 7 permainan untuk pelanggan Playstation Plus. Bermula 7 Februari 2019 sehingga 6 Mac 2019 ini. Permainan yang disertakan adalah;

  • For Honor (PS4)
  • Hitman – The Complete First Season (PS4)
  • Hand Of Fate (PS4)
  • Shake That Controller (PS4)
  • The King Of Fighters XIII (PS3)
  • Metal Gear Solid 4 Guns Of The Patriots (PS3)
  • Net High (PSVita)

Selain itu, Sony juga menyertakan tema khas Playstation 4 Toro khas. Bagi anda yang meminati permainan Kingdom Hearts 3, seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, set avatar Kingdom Hearts 3 juga disertakan bersama buat pelanggan Playstation Plus untuk bulan ini. Menariknya, Sony juga menambah set avatar Kairi, Riku dan King Mickey.

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma Playtation Plus bagi bulan Januari anda boleh memuat-turunnya sehingga 6 Februari ini.

Muat-Turun: Permainan Percuma Playstation Plus Februari

Selain itu, Sony juga mengumumkan bahawa mereka kini mengembangkan lagi storan penyimpanan atas awan buat pelaggan Playstation Plus dari 10GB ke 100GB, sekaligus memberi lebih banyak ruangan untuk pemain menyimpan simpanan permainan.

Bagi anda yang masih belum mempunyai langganan Playstation Plus, jangan lepaskan peluang anda untuk melanggan Playstation Plus dimana bermula hari ini, Sony juga menawarkan jumlah langganan sebanyak 15 bulan dengan harga hanya RM129.


TIPS & ULASAN