Dengan tibanya perayaan Tahun Baru Cina minggu hadapan, Sony hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa jualan promosi khas bermula hari ini sehingga 13 Februari 2019 ini. Terdapat pelbagai jualan promosi seperti konsol, permainan dan sebagainya.

Antara jualan promosi permainan adalah melalui PSN Store, dimana terdapat pelbagai permainan yang ditawarkan sehingga 80% diskaun. Menariknya, bagi anda yang melanggan Playstation Plus, Sony akan menyertakan diskaun sehingga 90% diskaun. Berikut adalah sebahagian senarai permainan yang ditawarkan.

  • Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG) RM111.00 RM77.70
  • Marvel’s Spider-Man RM199.00 RM179.10
  • God Of War RM149.00 RM119.20
  • Assassin’s Creed Odyssey RM220.00 RM94.60
  • Red Dead Redemption 2 RM239.00 RM215.10
  • Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age RM199.00 RM119.40
  • FIFA 19 RM249.00 RM124.50
  • Pro Evolution Soccer 2019 RM199.00 RM119.40
  • Call Of Duty Black Ops 4 RM234.00 RM163.80
  • Horizon Zero Dawn RM149.00 RM58.11
  • Detroit Become Human RM209.00 RM167.20
  • Grand Theft Auto V RM119.00 RM71.40
  • Battlefield V RM249.00 RM124.50
  • Persona 5 RM120.00 RM96.00
  • Uncharted 4: A Thief’s End RM74.00 RM44.40
  • The Last Of Us Remastered RM74.00 RM44.40
  • The Witcher 3: Wild Hunt GOTY Edition RM189.00 RM56.70
  • Final Fantasy XV Royal Edition RM209.00 RM125.40
  • Overwatch Legendary Edition RM270.00 RM108.00

Terdapat pelbagai lagi permainan yang ditawarkan daripada pelbagai penerbit seperti Ubisoft, Bandai Namco, SEGA dan sebagainya. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi PSN Store untuk melihatnya.

Tawaran kedua pula adalah pemain kini berupaya untuk membeli langganan Playstation Plus selama 12 bulan dan tambahan 3 bulan dengan harga RM129. Ini sekaligus membenarkan pemain untuk mendapat langganan 15 bulan dengan harga langganan 12 bulan sahaja.

Selain itu, bagi anda yang ingin mendapat konsol Playstation 4, bermula 1 sehingga 10 Februari, Sony juga mengadakan pelbagai tawaran diskaun sebanyak RM250 bagi berkas-berkas konsol Playstation 4 dan juga Playstation VR. Antara konsol yang tersenarai adalah berkas-berkas yang dikongsikan oleh kami sebelum ini iaitu:

  • Berkas Playstation 4 Party (Sertakan FIFA 19 dan Overcooked! 2 bersama-sama alat kawalan Dualshock 4 kedua) RM1,199.
  • Berkas Playstation 4 HITS (Sertakan God Of War, Detroit: Become Human dan The Last Of Us) RM1,099
  • Berkas Playstation 4 Pro God Of War RM1,549
  • Playstation VR bersama PS Camera RM1,129

Menurut Sony, kesemua konsol yang tersenarai di atas boleh dibeli melalui pengedar rasmi Playstation di Malaysia.

Akhir sekali, melalui permainan Facebook rasmi Playstation Asia, Sony juga akan mengadakan pertandingan atas-talian yang mana ianya akan diumumkan pada 12 tengah hari bermula hari ini dengan langkah-langkah untuk memenangi pelbagai hadiah seperti Playstation VR, Playstation 4, fon kepala Playstation dan pelbagai baucar PSN.

Bagi anda yang ingin menyertai pertandingan tersebut, anda hanya perlu ke pautan Facebook Rasmi Playstation Asia dan hanya menjawab beberapa solan sahaja. Menariknya, bagi anda yang menyertai pertandingan tersebut, Sony juga akan menyertakan tema khas Toro Playstation 4 bertemakan Tahun Baru Cina.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat permainan-permainan Playstation menarik dan juga menyertai pertandingan oleh Sony untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Sohor Kini