Skip to main content

Pada tahun lepas bulan Februari, Nintendo mengicau di Twitter yang mereka akan melancarkan permua Mario Kart pada tahun iniMario Kart Tour. Ia sepatutnya dilancarkan pada bulan Mac, tetapi kicauan Nintendo terkini mengumumkan perkara yang berbeza.

Twitter rasmi Nintendo Jepun, menyatakan yang Mario Kart Tour akan ditunda kepada suku ketiga tahun ini dan bukannya bulan Mac seperti yang diumumkan tahun lepas. Sebab permua ini ditunda adalah kerana mereka ingin memastikan kualiti permua ini adalah baik.

Permainan Mario Kart di Nintendo Switch sudah pun menarik dan menyeronokkan untuk dimainkan. Bagaimana agaknya permua Mario Kart Tour ini? Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply