Informasi Permainan Video Terkini
Team17 Memperacahkan Kandungan Baharu Bakal Tiba Buat Overcooked! 2

Team17 Memperacahkan Kandungan Baharu Bakal Tiba Buat Overcooked! 2

Diterbitkan pada Jan 31, 2019 oleh .

Team17 sebelum ini sering menyertakan pelbagai kandungan tambahan buat permainan Overcooked! 2 seperti kandungan krismas dan sebagainya sebelum ini.

Terkini mereka tampaknya bakal melancarkan satu lagi kemaskini percuma buat permainan tersebut. Berdasarkan video acah yang dipertontonkan, ianya kelihatan seakan kandungan berkaitan tahun baru Cina. Sekaligus, ianya juga mungkin akan menyertakan pelbagai masakan-masakan tradisional Cina. Seperti biasa, kami akan mengemaskini setelah mereka mengumumkannya kelak.

Overcooked! 2 merupakan permainan parti masakan yang dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada tahun lepas. Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami, anda boleh berbuat demikian di pautan dibawah.


TIPS & ULASAN