Dengan pelancaran permainan God Eater 3 yang semakin hampir Februari ini, Bandai Namco kini berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan bentuk buat permainan tersebut.

Antara bentuk yang dikongsikan oleh mereka adalah keupayaan untuk mengubah-suai watak pemain sendiri dengan pelbagai pengubah-suai dan kostum. Menariknya juga, mereka juga memperlihatkan bentuk transformasi senjata yang mana pemain berupaya untuk menukarkan pelbagai bentuk jenis senjata.

Selain itu, Bandai Namco juga memperlihatkan bentuk permainan multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bermain secara bersama di atas-talian dan bertempur dengan musuh Ash Aragami bersama-sama.

God Eater 3 akan dikeluarkan pada 8 Februari 2018 untuk Playstation 4 dan PC.

Sohor Kini