Moonton, iaitu pembangun untuk permainan Mobile Legends: Bang Bang minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kejohanan baharu buat permainan tersebut.

Dengan kerjasama MET Malaysia dan tajaan UniPin, kejohanan tersebut akan memfokuskan kejohanan secara atas-talian buat pemain amatur dan separuh profesional di Asia Tenggara. Bermula musim pertama untuk tahun 2019 ini, Moonton akan menyediakan jumlah wang hadiah sebanyak RM13,000 dengan kandungan permainan bernilai lebih dari RM4,000.

Mobile Legends Bang Bang Diamond Challenge (MDC) musim 1 2019 akan bermula dengan pusingan kelayakan secara atas-talian di Malaysia dan Singapure dengan 512 jumlah pasukan. Hanya 8 pasukan terbaik sahaja akan bertempur di pusingan Playoff pada Februari ini.

Bagi anda yang berminat, berikut adalah tarikh-tarikh penting kejohanan ini:

  • Pendaftaran – 4 hingga 17 Februari
  • Pusingan Kelayakan – 19 hingga 24 Februari
  • Pusingan Playoff – 25 Februari
  • Pusingan Akhir – 26 Februari

Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, pendaftaran akan bermula menjelang Februari ini dan menurut MET Malaysia, segala informasi lanjut akan dikongsikan melalui laman rasmi Facebook MET Malaysia dan Mobile Legends: Bang Bang.

Seperti biasa, kami di Aksiz juga sudah pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaannya.

Sohor Kini