Informasi Permainan Video Terkini
Gank.Fty Adalah Juara Untuk Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2018 – Membawa Pulang RM20,000

Gank.Fty Adalah Juara Untuk Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2018 – Membawa Pulang RM20,000

Diterbitkan pada Jan 31, 2019 oleh .

Hujung minggu lepas, acara kejohanan kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2018 akhirnya disimpulkan dimana pasukan Gank.Fty berjaya meraih juara dengan 6 jumlah kemenangan Chicken Dinner bersama-sama dengan nilai markah sebanyak 4060.

Pasukan Gank.Fty sekaligus membawa pulang RM20,000 bersama-sama dengan pelan Yoodo secara percuma untuk satu tahun.

Manakala pasukan AROV adalah naib juara yang mana mereka membawa pulang RM15,000 diikuti pasukan Panda Crew Senior yang membawa pulang RM5,000.

Selain itu, tempat keempat di menangi oleh VIP Squad membawa pulang RM4,000 dan diikuti dengan pasukan lain sehingga tempat kelima sehingga ketujuh membawa pulang RM1,500.

Menurut Mineski, kejohanan tersebut mendapat sambutan yang sangat baik dimana jumlah tontonannya mencapai sebanyak 2.2 juta penonton dengan anggaran pengunjung sebanyak 2,000 di Sunway Velocity hujung minggu lepas.

Oliver Ye, iaitu pengarah Asia Tenggara dari Tencent Games juga menyatakan bahawa mereka berharap dengan jaya kejohanan ini, mereka ingin membantu dan meningkatkan lagi arena e-sukan dengan membawa komuniti ini dengan lebih jauh pada masa akan datang.

Kami di Aksiz juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah buat kesemua pasukan yang bertempur untuk kejohanan kebangsaan PUBG Mobile.


TIPS & ULASAN