Kemaskini utama untuk permainan Super Smash Bros. Ultimate iaitu 2.0 kini hadir kepada semua pemilik permainan tersebut. Melaluinya Nintendo melakukan imbangan untuk pelbagai watak. Senarai penuh perubahan dan watak boleh dilihat di laman mereka.

Selain itu, melalui kemaskini ini, mereka juga menyertakan watak DLC pertama iaitu Piranha Plant yang diberikan secara percuma kepada pemain yang membeli secara digital anda akan terus mendapatkannya, untuk yang membeli secara fizikal anda perlu mendaftarkan permainan Super Smash Bros. Ultimate tersebut di akaun My Nintendo sebelum 31 Januari 2019.

Selain itu terdapat juga perubahan dari segi kawalan seperti dengan menekan kedua-dua butang melompat ia akan melakukan short hop manakala Spirit Board kini boleh dimainkan secara luar talian bersama dengan 4 pemain lain.

Sohor Kini