Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Xbox Live Gold Bagi Bulan Februari 2019 Diumumkan

Permainan Percuma Xbox Live Gold Bagi Bulan Februari 2019 Diumumkan

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan Februari ini yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One, satu permainan Xbox 360 dan satu permainan Xbox.

Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:

  • Bloodstained: Cursed Of The Moon – Boleh ditebus dari 1 hingga 28 Februari
  • Super Bomberman R – Boleh ditebus dari 16 Februari hingga 15 Mac
  • Assassin’s Creed Rogue – Boleh ditebus dari 1 hingga 15 Februari
  • Star Wars Jedi Knight: Jedi Academy – Boleh ditebus dari 16 hingga 28 Februari

Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Seperti Playstation Plus, langganan ini bukan sahaja akan menyertakan fungsi untuk bermain permainan secara atas-talian, malah Microsoft juga menyertakan permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang Februari ini.


TIPS & ULASAN