Informasi Permainan Video Terkini
Crash Team Racing Nitro Fueled Kini Boleh Di Pra-Tempah – Harga Bermula RM149

Crash Team Racing Nitro Fueled Kini Boleh Di Pra-Tempah – Harga Bermula RM149

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

Crash Team Racing Nitro Fueled merupakan permainan yang diolahkan semula berdasarkan permainan Crash Team Racing yang dilancarkan di Playstation 1 beberapa tahun 1999. Ia pertama kali diumumkan semasa The Game Awards 2018.

Permainan tersebut sebelum ini diumumkan akan dikeluarkan pada 21 Jun 2019 oleh Activision. Pemain kini boleh pra-tempah permainan tersebut di PS Store dan juga Xbox Store.

Ia akan menyertakan dua edisi iaitu edisi biasa yang dijual dengan harga RM149 di PS Store dan $39.99(~RM164) di Xbox Store. Manakala edisi Nitros Oxide dijual dengan harga RM251 di PS Store dan $59.99(~RM246) di Xbox Store yang menyertakan beberapa kostum dan kereta khas.

Pemain yang pra-tempah permainan tersebut akan menerima tema dan juga avatar. Selain Playstation 4 dan Xbox One, ia juga akan dikeluarkan untuk Switch tetapi buat masa ini ia masih tidak boleh di pra-tempah untuk platform tersebut.


TIPS & ULASAN