Informasi Permainan Video Terkini
Kolaborasi Resident Evil 2 Dan PUBG Mobile Bakal Menyertakan Mod Zombi Khas Di Peta Erangel

Kolaborasi Resident Evil 2 Dan PUBG Mobile Bakal Menyertakan Mod Zombi Khas Di Peta Erangel

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

Dengan pelancaran permainan seram zombi, Resident Evil 2 minggu lepas, tampaknya kolaborasi antara permainan tersebut bersama PUBG Mobile mungkin akan tiba tidak lama lagi dimana hari ini, Gadgets 360 melaporkan bahawa Tencent mungkin akan membawa mod tersebut ke permua PUBG Mobile pada bulan Februari ini.

Asalnya, kolaborasi tersebut diumumkan Disember lepas dan sebelum ini, mod tersebut juga tertiris yang mana ianya memperlihatkan sebilangan musuh zombi berada di peta Erangel.

Menurut laman rasmi XDA-Developer, tampaknya mod tersebut sudah pun tiba buat permainan beta PUBG Mobile dimana mod tersebut dinama RE2: Sunset dan ianya menyertakan bentuk acara permainan secara terhad.

Melalui, pemain akan bertempur seperti biasa di peta Erangel, namun peta tersebut akan mempunyai musuh zombi daripada Resident Evil 2 seperti Licker, Tyrant dan G. Menariknya, jika pemain membunuh zombi-zombi tersebut, pemain akan diberi barangan dan kelengkapan tambahan.

Buat masa ini, Tencent tidak lagi mengumumkan secara rasmi bagi mod ini. Namun, dengan tibanya mod ini buat pemain Beta, kami percaya ianya bakal tiba untuk kesemua pemain tidak lama lagi. Namun, bagi anda yang ingin mencubanya, anda juga boleh memuat-turun versi demo tersebut di laman rasmi XDA-Developer.


TIPS & ULASAN