Sebelum ini, Bandai Namco sering mengemaskini permainan Naruto To Boruto: Shinobi Striker dengan pelbagai kemaskini watak DLC baru seperti
Orochimaru, Jiraiya, Hiruzen Sarutobi dan Hokage pertama, kedua dan keempat.
Terkini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan membawa watak Tsunade, iaitu Hokage kelima pula buat permainan tersebut sebagai watak tambahan seterusnya.
Seperti watak-watak baru sebelum ini, Tsunade akan disertakan secara percuma melalui kemaskini permainan tersebut. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkan kostum-kostum termasuklah senjata dan kemahiran Tsunade tersebut untuk digunakan untuk watak pemain sendiri, pemain perlu mendapatkan pas musim permainan tersebut secara berasingan.
Melalui watak ini, Bandai Namco akan menyertakan kesemua kemahiran-kemahiran beliau seperti kemahiran sembuhan jarak jauh dan juga serangan ikonik Heavenly Foot Of Pain.
Naruto To Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur secara berpasukan sehingga 4 pemain untuk menentang pasukan yang lain. Pemain juga berpeluang untuk mencipta watak mereka sendiri untuk digunakan di dalam permainan ini.
Permainan tersebut telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC September lepas. Kami juga sebelum ini telah pun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dimana anda boleh membacanya di bawah.