Skip to main content

Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja pengumuman baharu mengenai permainan pertempuran Bandai Namco iaitu Jump Force. Melalui satu video acah baharu, Bandai Namco mengumumkan Boruto dan Dai daripada Dragon Quest akan menjadi watak seterusnya disertakan di dalam permainan tersebut.

Dengan pengumuman tersebut, Jump Force setakat ini telah mempunyai 44 watak yang boleh digunakan pemain dan kami menjangkakan Bandai Namco akan mengumumkan lebih banyak watak tidak lama lagi. Kami masih menanti watak-watak daripada siri My Hero Academia yang setakat ini hanya Deku diumumkan.

Jump Force akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply