Informasi Permainan Video Terkini
Bo Peep Kembali Dalam Toy Story 4 Dengan Personaliti Yang Sedikit Berlainan

Bo Peep Kembali Dalam Toy Story 4 Dengan Personaliti Yang Sedikit Berlainan

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

Little Bo Peep adalah lagu kanak-kanak yang popular di Amerika. Watak dalam lagu tersebut adalah Bo Peep iaitu seorang wanita yang menjaga kambing biri-biri. Bo Peep hadir dalam filem Toy Story tahun 1995 dan Toy Story 2 tahun 1999. Tetapi dalam Toy Story 3 pada tahun 2010, tiada Bo Peep. Kini dalam Toy Story 4 yang akan ditayangkan pada bulan Jun tahun ini, Bo Peep kembali.

Menurut sumber, Bo Peep tidak kelihatan dalam Toy Story 3 kerana Bo Peep diperbuat daripada kaca dan tidak seperti mainan lain yang diperbuat daripada plastik. Dalam filem ini, warna Bo Peep telah pudar dan sebahagian daripada Bo Peep telah terkelupas.

Pengarah Josh Cooley, turut kongsikan yang mana Bo Peep telah mengawal takdir beliau sendiri dan setelah sekian lama tidak bertemu dengan Woody – dalam Toy Story 4, mereka bertemu kembali. Saksikan pengembaraan mainan Woody dan rakan-rakan dalam Toy Story 4 pada bulan Jun kelak.


TIPS & ULASAN