Square-Enix hari ini mengumumkan watak DLC seterusnya buat permainan Dissidia: Final Fantasy NT iaitu Snow daripada siri Final Fantasy XIII dan beliau akan tiba pada Februari ini.
Snow Villiers merupakan watak asal untuk permainan Final Fantasy XIII. Namun, melalui versi Dissidia ini, Square-Enix tampaknya membawa watak ini daripada versi Final Fantasy XII: Lightning Returns dimana beliau menggunakan kuasa Chaos dan bertukar rupa.
Selain itu, menurut Square-Enix mereka juga akan memperkenal watka seterusnya pada Mac ini dan juga pelbagai kemaskini lain seperti keseimbangan permainan, kemahiran panggilan dan sebagainya.
Dissidia: Final Fantasy NT merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dikeluarkan untuk pasaran global pada pada tahun lepas. Asalnya ia merupakan permainan arked yang hanya dilancarkan buat pasaran Jepun. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, Anda boleh membacanya di bawah.