Skip to main content

Generation Zero merupakan permainan terbaru yang dibangunkan oleh Avalanche Studio dan pertama kali diumumkan pada bulan Jun tahun lepas. Permainan ini akan diterbitkan oleh THQ Nordic.

Permainan ini merupakan permainan dunia terbuka dan boleh dimainkan secara solo ataupun berkumpulan seramai 4 orang. Pemain akan bertempur dengan pelbagai robot dan ia juga menyertakan elemen ketahanan hidup.

THQ Nordic dan Avalanche Studio mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 26 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Bagi yang berminat ia juga kini boleh di pra-tempah melalui Steam dengan harga RM67.99, manakala di PS Store RM149. Pemain yang pra-tempah akan mendapat Radical Vanity Pack yang menyertakan kostum khas.

Leave a Reply