Skip to main content

Nintendo hari ini telah melancarkan kemaskini baharu untuk sistem operasi Nintendo Switch iaitu kemaskini 7.0.0. Melaluinya, Nintendo menyediakan beberapa kemaskini sistem operasi seperti peningkatan keseimbangan sistem dan sebagainya.

Selain itu, Nintendo juga menambah beberapa sokongan bahasa tambahan seperti bahasa Cina, Korea dan Taiwan. Melaluinya, pemain berupaya untuk mengubah bahasa tersebut melalui tetapan konsol tersebut di ‘System Setting’.

Kemaskini terakhir adalah Nintendo kini membawa beberapa ikon pengguna baharu yang mana ianya berdasarkan daripada permainan yang baru sahaja dilancarkan oleh mereka awal bulan ini iaitu New Super Mario Bros. U Deluxe. Melaluinya, pemain berupaya untuk menetapkan enam ikon tambahan tersebut yang mana terdiri daripada watak Toadette, Peachette, mahkota ‘Super Crown’ dan sebagainya.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan ikon-ikon tersebut melalui kemaskini baharu Nintendo Switch ini.

Leave a Reply