Skip to main content

Filem DC seterusnya yang akan ditayangkan pada tahu 2020 adalah Birds Of Prey. Ia akan berada dalam dunia DCEU, kerana filem ini memfokuskan Harley Quinn (dari filem Suicide Squad) dan pasukan adiwira wanita Birds of Prey yang terdiri daripada Huntress, Black Canary dan Cassandra Cain. Video acah buat filem ini yang memperlihatkan semua watak utama telah hadir ke Internet.

Watak pertama semestinya, Harley Quinn – kerana ini adalah filem khas beliau. Judul filem yang panjang adalah – Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of one Harley Quinn). Harley Quinn adalah musuh dalam filem ini dan ia dilakonkan oleh Margot Robbie. Watak antagonis seterusnya adalah Black Mask. Black Mask adalah seorang usahawan dan ketua mafia yang bencikan Bruce Wayne (bukan Batman), beliau juga adalah antara ketua mafia yang paling ditakuti ramai. Black Mask dilakonkan oleh Ewan McGregor yang terkenal sebagai Obi Wan Kenobi dalam Star Wars. Seterusnya adalah Victor Zsasz, iaitu seorang pembunuh dengan minda yang boleh dikatakan ‘gila’. Dalam siri TV Gotham, Zsasz sudah pun muncul – tetapi cara beliau seperti tidak sama dengan komik dan dalam filem ini mungkin akan memperlihatkan Victor Zsasz yang lebih menarik. Zsasz dilakonkan oleh Chris Messina.

Untuk pasukan adiwira Birds of Prey, Black Canary dilakonkan oleh Jurnee Smollett-Bell. Black Canary adalah nama adiwira Laurel Lance, yang mana bapa beliau adalah polis dalam Star City. Beliau juga adalah bekas kekasih kepada Arrow. Black Canary sudah pun muncul dalam dunia DC, tetapi hanya dalam siri TV Arrow dan semua sudah tahu siri TV dan filem langsung tidak berkait. Seterusnya adalah Cassandra Cain yang dilakonkan oleh Ella Jay Basco, beliau adalah Batgirl dalam dunia DC. Huntress pula dilakonkan oleh Mary Elizabeth dan wtak ini juga sudah ada dalam siri TV Arrow, tetapi dalam siri tersebut beliau adalah musuh. Akhir sekali adalah Renee Montaya lakonan Rosie Perez. Renee adalah polis daripada bandar Gotham.

Sinopsis filem ini masih tidak diberitahu. Jadi, jika ikut komik Birds of Prey adalah pasukan yang ‘baik’ dan Black Mask, Victor Zsasz, Harley Quinn adalah pasukan jahat. Apakah jalan cerita buat filem ini? Kita perlu tunggu video acah lain yang lebuh jelas. Sama-sama kita nantikan filem Birds of Prey ini.

Leave a Reply