Informasi Permainan Video Terkini
Marvel’s Spider-Man Menyertakan 2 Lagi Kostum Baharu – Berkait Dengan Fantastic Four

Marvel’s Spider-Man Menyertakan 2 Lagi Kostum Baharu – Berkait Dengan Fantastic Four

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

Pada awal bulan ini, semasa penstriman langsung Fantastic Four: World’s Greastest Week, Marvel mengumumkan kandungan berdasarkan Fantastic Four akan tiba untuk permainan Marvel’s Spider-Man.

Hari ini, melalui satu kemaskini baharu buat permainan tersebut, dua kostum berdasarkan Fantastic Four disertakan. Ia adalah Bombastic Bag Man Suit dan Future Foundation Suit.

Bombastic Bag Man Suit merupakan kostum yang digunakan oleh Peter Parker di dalam komik The Amazing Spider-Man secara sementara selepas berpisah dengan symbiote, beliau pada masa itu tidak mempunyai sebarang kostum dan Human Torch memberi pinjam kostum lama Fantastic Four untuk digunakan.

Manakala Future Foundation Suit adalah kostum yang digunakan oleh Spider-man semasa beliau menyertai Future Foundation selepas permintaan terakhir oleh Human Torch.

Kemaskini ini kini sudah boleh dimuat turun dan anda boleh terus menggunakan kostum tersebut.


TIPS & ULASAN