Selain menjana pendapatan melalui pelbagai permainan utama seperti FIFA 19, NBA Live 19 dan Madden NFL 19, bahagian permainan sukan untuk EA iaitu EA Sports turut menjana pendapatan melalui permainan mudah alih yang boleh dimainkan secara percuma mereka.

Antara permainan mudah alih oleh EA Sports adalah FIFA Soccer, Madden NFL, NBA Live dan UFC. Berdasarkan anggaran oleh Sensor Tower, EA Sports telah menjana pendapatan sebanyak $1 bilion (~RM4 bilion) setakat ini melalui permainan-permainan tersebut.

Penyumbang tertinggi daripada jumlah tersebut adalah Madden NFL iaitu 49%, diikuti FIFA Soccer 36% dan NBA Live 14%. Manakala mengikut negara, Amerika Syarikat penyumbang terbesar dengan 62% diikuti UK 5.7% dan Jepun 5.4%.

Sohor Kini