Skip to main content

Selepas The Division 2 yang akan dikeluarkan melalui Epic Games Store sahaja untuk PC, kini, Metro Exodus oleh 4A Games dan Deep Silver pula hanya dijual melalui kedai dalam talian tersebut sehingga tahun hadapan. Ini merupakan satu kejutan kerana permainan tersebut sebelum ini ditawarkan di Steam bahkan boleh di pra-tempah.

Menurut penulisan di Steam, pemain yang sudah pra-tempah permainan tersebut di Steam akan terus menerima permainan tersebut, DLC dan juga kemaskini akan turut diberikan melalui Steam. Namun, ia tidak akan membuka untuk pembelian baharu.

Ini merupakan satu lagi keputusan agresif yang dilakukan oleh Epic Games untuk terus melawan dominasi Steam sebagai penyedia permainan PC. Ia adalah sesuatu yang bagus, kecuali untuk pengguna di Malaysia. Epic Games Store masih tidak menggunakan mata wang ringgit dan Epic Games Store juga mempunyai cara pembayaran yang terhad.

Metro Exodus akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

[info]Epic Games Store: Metro Exodus[/info]

Leave a Reply