Skip to main content

Penganalisa sebelum ini ada yang menjangkakan Overwatch akan ditawarkan sebagai permainan percuma tahun ini, kami juga ada berborak mengenainya.

Ia mungkin tidak akan menjadi kenyataan pada tahun ini apabila Blizzard sebaliknya menawarkan permainan tersebut dengan potongan harga sebanyak $20(~RM82) untuk versi PC. Edisi biasa kini dijual dengan harga $19.99 (~RM82) manakala edisi Legendary yang menyertakan beberapa barangan seperti kostum dijual dengan harga $39.99(~RM164).

Buat masa ini harga baharu hanyalah untuk PC sahaja, harga di PS Store masih menggunakan harga asal. Ia mungkin akan diubah tidak lama lagi. Berdasarkan penyenaraian, ia juga bukanlah satu tawaran sementara tetapi potongan harga yang tetap.

[info]Blizzard Shop: Overwatch[/info]

Leave a Reply