Angry Birds merupakan siri permainan mudah alih yang diterbitkan oleh Rovio. Ia mempunyai pelbagai permainan mudah alih, dan baru-baru ini mereka mengumumkan Angry Birds Dream Blast. Namun, permainan utama mereka adalah Angry Birds 2 yang dikeluarkan pada tahun 2015.
Mengikut anggaran Sensor Tower, Angry Birds 2 mencatat pendapatan setahun sebanyak $116 juta(~RM476 juta) untuk tahun 2018. Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 47% berbanding jumlah pendapatan setahun untuk tahun 2017.
Mengikut negara, 55% pendapatan disumbangkan oleh Amerika Syarikat, diikuti oleh Jerman dengan 5%. Angry Birds 2 untuk tahun 2018, menyumbangkan 53% pendapatan pembelian di dalam aplikasi untuk Rovio.