Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baru Alita Battle Angel Untuk Pasaran Jepun Memperlihatkan Lebih Aksi dan Drama

Video Acah Baru Alita Battle Angel Untuk Pasaran Jepun Memperlihatkan Lebih Aksi dan Drama

Diterbitkan pada Jan 28, 2019 oleh .

Alita Battle Angel adalah antara filem adaptasi komik yang dinanti-nantikan. Filem ini berasaskan manga Jepun, Battle Angel Alita yang mengisahkan sebuah robot bernama Alita. Disember tahun lepas, telah kami tulis mengenai video acah akhir Alita Battle Angel. Tetapi terkini, untuk pasaran Jepun – 20th Century Fox hadir dengan satu lagi video acah khas.

Video acah ini tekah dialih suara oleh pelakon-pelakon Jepun. Menariknya, suara Alita dilakonkan oleh Mone Kamishiraishi – yang terkenal dengan anime ‘Your Name’. Video acah baru ini, turut memperlihatkan lebih aksi, adegan romantik dan banyak lagi adegan menarik yang berbeza dengan video acah sebelum ini

Alita ini adalah robot yang telah dibuang dan memorinya telah dipadam. Dr. Ido menemui Alita dan membaiki serta menjaga beliau. Tetapi tanpa sedari, antara sebab Alita dibuang dan memorinya dipadam adalah kerana Alita mempunyai rahsia penting. Secara perlahan memori Alita kembali dan ingin membalas dendam.

Alita Battle Angel akan hadir di pawagam Malaysia bermula 5 Februari ini. Sama-sama kita tonton dan saksikan bagaimana Alita melindungi diri beliau dan orang yang tersayang di sekeliling beliau.


TIPS & ULASAN