Informasi Permainan Video Terkini
Fighterz Pass 2 Untuk Dragon Ball FighterZ Tertiris – Jiren Dan Videl Tiba 31 Januari

Fighterz Pass 2 Untuk Dragon Ball FighterZ Tertiris – Jiren Dan Videl Tiba 31 Januari

Diterbitkan pada Jan 28, 2019 oleh .

Melalui satu video acah yang tetiris, pek DLC untuk musim ke-2 Dragon Ball FighterZ iaitu FighterZ Pass 2 bakal tiba tidak lama lagi. Pek tersebut mungkin menyertakan 6 watak ataupun 8 seperti Fighterz Pass 1.

Dua watak pertama yang akan tiba adalah Jiren dan Videl yang akan tiba pada 31 Januari 2019. Selain itu, video tersebut juga memperlihatkan dua lagi watak yang akan disertakan bersama pek terebut iaitu Broly (Dragon Ball Super) dan juga Gogeta. Namun, tarikh pengeluaran untuk dua watak tersebut masih tidak dikongsikan.

Disebabkan buat masa ini Bandai Namco tidak mengumumkannya secara rasmi, ia masih tidak tersenarai untuk pembelian akan tetapi berdasarkan Fighterz Pass 1, ia akan dijual dengan harga lingkungan RM119, mungkin lebih murah jika hanya menyertakan 6 watak.

Dragon Ball FighterZ telahpun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Bacaan Lanjut: Ulasan Dragon Ball FighterZ – Permainan Dragon Ball Terbaik


TIPS & ULASAN