Informasi Permainan Video Terkini
Permainan RPG Dragon Ball Project Z Diumumkan Secara Rasmi – Hadir Tahun Ini Untuk PS4, Xbox One Dan PC
PC

Permainan RPG Dragon Ball Project Z Diumumkan Secara Rasmi – Hadir Tahun Ini Untuk PS4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Jan 28, 2019 oleh .

Bandai Namco sebelum ini mengacah permainan aksi RPG berdasarkan dunia Dragon Ball. Hari ini, mereka mengumumkan permainan tersebut secara langsung melalui satu video acah yang dipertontonkan.

Video acah tersebut memfokuskan watak Goku, terdapat juga watak seperti Gohan, Vegeta, dan Picollo. Berdasarkan video tersebut, penceritaan adalah berdasarkan misteri di sebalik bebola naga.

Ia merupakan permainan aksi RPG seperti diumumkan sebelum ini, akan tetapi buat masa ini mereka tidak berkongsi bentuk permainan selain memperlihatkan beberapa adegan serta pertempuran.

Berdasarkan video tersebut, Project Z ini akan dikeluarkan pada tahun ini untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia akan dibangunkan oleh CyberConnect2 yang membangunkan permainan seperti Naruto Shippuen: Ultimate Ninja Storm dan .hack//G.U. Last Recode.


TIPS & ULASAN