Informasi Permainan Video Terkini
Sokongan PayPal Di Playstation Store Malaysia Dihentikan Bermula 6 Februari 2019

Sokongan PayPal Di Playstation Store Malaysia Dihentikan Bermula 6 Februari 2019

Diterbitkan pada Jan 25, 2019 oleh .

Melalui edaran emel yang dihantar kepada pemilik akaun Playstation Store, Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan yang sokongan PayPal untuk pembayaran di Playstation Store Malaysia akan dihentikan bermula 6 Februari 2019.

Buat masa ini mereka tidak menyatakan sebarang sebab di atas keputusan ini dan menggalakkan pengguna untuk menggunakan cara yang lain untuk pembayaran.

Bagi pengguna yang menggunakan PayPal untuk melanggan, anda perlu memastikan dompet maya di PS Store mencukupi untuk membayar pembaharuan langganan ataupun menyertakan kredit kad di dalam akaun.


TIPS & ULASAN