
Kami sebelum ini melaporkan yang Sony mengumumkan Earth Defense Force: Iron Rain iaitu permainan seterusnya buat siri Earth Defense Force selepas Earth Defense Force 5.
Hari ini, Sony mengumumkan permainan tersebut secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia akan dikeluarkan pada 11 April 2019 untuk Playstation 4. Mereka juga mengumumkan tiga edisi buat permainan tersebut. Ia adalah edisi Standard, edisi Deluxe dan edisi Ultimate.
Edisi Deluxe menyertakan pelbagai kostum serta senjata, manakala edisi Ultimate menyertakan lebih banyak barangan, kenderaan dan juga mempunyai pas semusim untuk misi tambahan yang akan diumumkan kemudian.
Edisi Standard akan dijual dengan harga RM219 untuk digital dan RM229 untuk fizikal,edisi Deluxe RM259 dan edisi Ultimate akan dijual dengan harga RM324. Pemain yang membeli edaran awal permainan dan membeli secara digital sehingga 2 Jun 2019 akan menerima kostum dan senjata tambahan.
Jika ingin lebih lagi kostum dan senjata, pemain juga boleh mendapatkan lebih banyak dengan pra-tempah permainan tersebut secara digital bermula sekarang sehingga 10 April 2019
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Earth Defense Force 5 – Membunuh Raksasa Lebih Seronok Bersama Rakan[/info]