Rovio adalah syarikat yang terkenal dengan permainan Angry Birds. Angry Birds kali pertama dilancarkan adalah pada tahun 2009. Ia adalah permainan melastik burung untuk menewaskan babi. Kini sudah 10 tahun umur Angry Birds, mereka hadir dengan permua baru yang bukan melastik burung.
Angry Birds Dream Blast adalah permua tersebut. Ia adalah permua memadankan bebola dengan warna yang sama. Jika warna yang sama dipadankan ia akan lesap, kemudian turut akan ada watak burung Angry Birds dalam ‘belon’ – apabila ditap watak tersebut akan membantu untuk padankan dan lesapkan bebola warna dengan lebih banyak. Ia ibarat Candy Crush.

Permua Angry Birds Dream Blast adalah percuma untuk dimainkan. Anda boleh muat turun di Google Play Store bermula hari ini. Permua ini turut mempunyai mata wang tersendiri untuk membeli barangan dalam permua. Ia berharga dari RM4.49 sehingga RM469.99 sahaja
[download] Muat Turun Angry Birds Dream Blast Di Play Store [/download]