Informasi Permainan Video Terkini
Permua Seram Alien: Blackout Kini Boleh Dimuat Turun Untuk Pengguna Android

Permua Seram Alien: Blackout Kini Boleh Dimuat Turun Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Jan 25, 2019 oleh .

Pada awal bulan, kami telah laporkan yang mana – Alien: Blackout telah diumumkan secara rasmi. Tetapi ketika itu, pengguna Android hanya boleh pra-daftar dan belum lagi boleh dibeli dan dimuat turun. Hari ini, ia kini boleh dimuat turun.

Permua ini dihasilkan oleh FoxNext Games, D3 Go! dan Rival Games. Melalui permua Alien: Blackout, pemain akan bermain sebagai Amanda Ripley dan bertahan daripada diburu oleh raksasa Alien tersebut. Pemain akan menggunakan peta, kamera dan penjejak gerakkan untuk mencari kedudukan Alien dan berlindung diri daripada diserang. Menariknya, permainan ini bertempatkan di antara filem Alien dan Aliens dan setiap pilihan pemain akan menentukan konklusi pemain.

Bagi yang berminat dengan francais filem Aliens dan permua seram, boleh beli Aliens: Blackout pada harga RM19.90 bermula hari ini. Ia sudah pun berapa di Google Play Store.

Muat Turun Aliens: Blackout Di Google Play Store


TIPS & ULASAN