
Bigben Games hari ini mengumumkan yang permainan simulasi perlumbaan rally WRC 8 akan dikeluarkan pada bulan September 2019 untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ini merupakan permainan terbaru buat siri ini selepas WRC 7 dikeluarkan pada tahun 2017.
Mereka juga mengatakan yang permainan ini akan memperlihatkan peningkatan yang mendadak berbanding dengan WRC 7. Ia akan menyertakan grafik yang lebih baik, 100 litar di 14 negara, mod karier yang lebih baik serta cuaca yang dinamik.
Selain daripada pemandu sebenar di dalam FIA World Rally Championsion, permainan ini juga akan menyertakan pembandu daripada WRC 2 dan Junior WRC Series. Bagi yang sudah lama menanti permainan baharu WRC, ini sudah semestinya satu berita yang baik.