Skip to main content

Ketagihan permainan video terutama permainan mudah alih dikalangan kanak-kanak dan remaja sudah menjadi isu yang sering dipercakapkan. WHO juga sebelum ini mengklasifikasikan ketagihan permainan video sebagai penyakit mental.

Kemungkinan untuk mengurangkan masalah ini serta atas arahan kerajaan di China, NetEase iaitu pengeluar beberapa permainan popular dilaporkan bakal menghalang pemain mereka di kalangan kanak-kanak serta remaja untuk bermain bermula 9.30 malam sehingga 8.30 pagi.

Selain itu, sistem tersebut juga akan menghadkan pemain berumur bawah 12 tahun bermain selama 1 jam sahaja semasa hari minggu manakala 2 jam semasa hujung minggu. Manakala untuk pemain berumur 13 tahun sehingga 18 tahun dihadkan kepada 2 jam hari minggu dan 3 jam hujung minggu.

Manakala pemain yang bermain tanpa mendaftar hanya boleh bermain selama 2 jam sahaja secara keseluruhan dan tidak boleh membuat sebarang pembelian di dalam aplikasi. Sistem ini akan mula digunakan untuk permainan NetEase bulan ini.

Bagi anda, terutama ibu bapa, adakah perkara ini harus dilakukan di Malaysia juga?

Leave a Reply