Informasi Permainan Video Terkini
Fallout 76 Bakal Menerima Mod Pemain Lawan Pemain Baharu, ‘Survival’
PC

Fallout 76 Bakal Menerima Mod Pemain Lawan Pemain Baharu, ‘Survival’

Diterbitkan pada Jan 25, 2019 oleh .

Bethesda hari ini menyatakan bahawa mereka akan membawa mod permainan baharu buat permainan Fallout 76 iaitu mod Survival. Menurut Bethesda, mod ini akan memfokuskan bentuk pemain lawan pemain yang lebih mencabar dan berisiko tinggi.

Untuk mengakses mod tersebut, pemain perlu memilih mod Survival ketika permulaan permainan tersebut. Menariknya mod ini masih lagi akan menyertakan segala misi, barangan yang pemain mainkan di mod Adventure, iaitu mod asal permainan Fallout 76 sebelum ini.

Namun, melalui mod Survival ini pemain berupaya untuk bertempur sesama pemain lain tanpa sebarang pemberitahuan mahupun jemputan. Ini sekaligus, membuatkan pemain akan berisiko untuk diserang pada bila-bila masa sahaja.

Ini juga akan menempatkan pelbagai risiko lain seperti barangan pemain mungkin akan dirampas bersama-sama kedudukan pemain akan dicabar dan tersenarai di kedudukan yang terdapat di dalam permainan ini. Mod ini bakal tiba secara percubaan beta sekitar bulan Mac ini.

Sememangnya ini merupakan pengumuman mod yang menarik dan lebih mencabar buat mereka yang menyukai cabaran seperti ini. Walaupun begitu, memandangkan permainan tersebut mempunyai pelbagai masalah lain yang agak sukar untuk dibaiki, kami di Aksiz sendiri tidak berasa untuk kembali ke Fallout 76 walaupun mereka memperkenalkan mod ini. Namun bagaimana pula dengan anda? Adakah anda berminat untuk kembali ke Fallout 76 dengan mencuba mod Survivor ini

Fallout 76 adalah permainan terkini bagi siri tersebut yang mana ianya memfokuskan bentuk multi-pemain. Ianya telahpun dilancarkan pada November lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.


TIPS & ULASAN