Skip to main content

Blizzard sebelum ini melakukan pelbagai perubahan untuk sistem Ranked bagi Hearthstone. Selain menambah jumlah peringkat sehingga Rank 50, mengurangkan peringkat yang diturunkan untuk bulan baharu, mereka juga menjadikan setiap peringkat memerlukan 5 bintang untuk mendaki ke peringkat yang baharu.

Selepas pengenalan tersebut, ramai pemain yang mengatakan ia mengambil masa terlalu lama untuk mendaki terutama pemain yang baru bermula ataupun di peringkat bawah. Hari ini, Blizzard mengatakan mereka mendengar rungutan tersebut dan melakukan sedikit perubahan.

Perubahan yang dilakukan adalah, untuk Rank 50 ke Rank 16, pemain hanya memerlukan 3 bintang, manakala Rank 15 ke Rank 11 memerlukan 4 bintang dan seterusnya memerlukan 5 bintang.

Perubahan ini akan hadir bermula apabila sistem Rank untuk bulan Februari bermula. Ini sudah semestinya akan membuatkan anda lebih cepat untuk meningkatkan rank, akan tetapi ia juga bermakna lebih mudah untuk anda jatuh.

Leave a Reply