Seperti yang kami laporkan sebelum ini, acara tahunan untuk Overwatch iaitu Lunar New Year kini bermula sehingga 19 Februari 2019. Kebiasaan untuk acara Overwatch, Blizzard akan menyertakan beberapa kostum baharu yang boleh didapati oleh pemain, jika bernasib baik.

Melalui satu video acah untuk acara ini, mereka memperlihatkan kostum-kostum baharu untuk hero Tracer, Orisa, Brigitte, Reinhardt, Torbjörn, Hanzo, Zenyatta, dan Reaper. Selain itu kostum khas untuk acara Lunar New Year tahun-tahun lepas juga dikembalikan.

Acara ini juga akan menyertakan kembali mod permainan Capture The Flag yang akan menggunakan peta baharu iaitu Busan. Jika anda inginkan kesemua kostum serta barangan lain, pastikan anda cuba dapatkannya semasa acara ini kerana ia tidak lagi boleh didapati selepas acara ini berakhir.

Sohor Kini