Informasi Permainan Video Terkini
Pillars of Eternity II Menerima Kemaskini Percuma Yang Menyertakan Mod Pertempuran Baharu
PC

Pillars of Eternity II Menerima Kemaskini Percuma Yang Menyertakan Mod Pertempuran Baharu

Diterbitkan pada Jan 25, 2019 oleh .

Pillars of Eternity II merupakan permainan CRPG yang dibangunkan oleh Obsidian Entertainment. Sebelum ini telah dilaporkan yang permainan tersebut bakal menerima mod pertempuran baharu iaitu mengikut giliran.

Hari ini, mereka mengumumkan mod tersebut secara rasmi dan sudah tiba kepada semua pemilik permainan tersebut secara percuma. Buat masa ini mod tersebut adalah di peringkat beta.

Mod tersebut berlainan dengan mod pertempuran sebelum ini yang mengikut masa nyata tetapi pemain mempunyai pilihan untuk jeda permainan semasa memberikan arahan. Melalui mod baharu ini, kesemua pertempuran akan berlaku mengikut giliran, selain itu ia juga akan memberikan lebih banyak maklumat untuk membantu pemain membuat keputusan.

Semasa memulakan permainan, pemain harus memilih untuk menggunakan mod asal ataupun mod baharu ini dan pemain tidak boleh menukarnya setelah memulakan permainan. Mod baharu ini sudah semestinya menjadikan permainan lebih perlahan tetapi memberi peluang untuk pemain memikirkan strategi dengan lebih baik.

Disebabkan mod ini masih lagi peringkat beta, pelbagai perubahan mungkin akan dilakukan dari semasa ke semasa. Pillars of Eternity II: Deadfire sudah dikeluarkan untuk PC pada 8 Mei 2018.


TIPS & ULASAN