Skip to main content

Sebelum ini kami pernah berkongsi satu permainan oleh VivaGames di bawah initiatif China Hero Project, iaitu Kill-X. Permainan tersebut merupakan permainan realiti-maya eksklusif khas di Playstation 4 melalui Playstation VR.

Terkini, melalui blog rasmi Playstation, Vivagames mengumumkan bahawa permainan tersebut kini dinamakan semula sebagai Immortal Legacy: The Jade Cipher dan ianya bakal dilancarkan pada 20 Mac 2019 ini.

Seperti yang dikongsikan kami sebelum ini, Immortal Legacy: The Jade Cipher merupakan permainan realiti-maya khas yang mana ianya memfokuskan bentuk kawalan dengan penggunaan alat kawalan Playstation Move.

Melaluinya, permainan ini akan memfokuskan bentuk aksi pengembaraan yang mempunyai elemen-elemen seram. Menurut pembangun, permainan ini akan mempunyai pelbagai bentuk misteri dan penerokaan yang bakal pemain tempuhi dimana penceritaannya juga memfokuskan lagenda kuno China dengan elemen moden.

Buat masa ini, informasi berkenaan pelancarannya di rantau Malaysia masih belum dikongsikan. Seperti biasa, kami akan umumkannya kelak setelah Sony berkongsi sebarang informasi lanjut.

Leave a Reply