Lanjutan daripada permainan percuma What Remains Of Edith Finch di Epic Games Store, hari ini Epic Games menawarkan permainan seterusnya iaitu JackBox Party Pack dan ianya sudah boleh dimuat-turun mulai hari ini sehingga 7 Februari kelak.
JackBox Party Pack merupakan permainan parti yang merangkumi 5 permainan mini yang pemain boleh mainkan. Menariknya, melalui permainan ini, pemain berupaya untuk bermain dengan hanya menggunakan telefon pintar sebagai alat kawalan permainan tersebut.
Melalui JackBox Party Pack ini, ianya akan menyertakan 5 permainan iaitu:
- You Don’t Now Jack 2015 ( 1 hingga 4 pemain)
- Fibbage XL ( 2 hingga 8 pemain)
- Drawful ( 3 hingga 8 pemain)
- Word Spud ( 2 hingga 8 pemain)
- Lie Swatter ( 1 hingga 100 pemain)
Selain itu, berdasarkan senarai permainan di Epic Games Store, mereka juga memperlihatkan bahawa permainan percuma seterusnya adalah Axiom Verge yang mana ianya bakal tiba pada 7 Februari sehingga 21 Februari kelak.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan JackBox Party Pack secara percuma sebelum tawaran ini berakhir.
[download] Epic Games Store: JackBox Party Pack [/download]