Dengan pelancaran Kingdom Hearts 3 semakin hampir, Square-Enix hari ini memperlihatkan bentuk permainan tersebut dengan lebih lanjut dimana mereka berkongsi elemen-elemen permainan yang terdapat di dalam dunia Kingdom Hearts 3.
Antara perkara pertama yang diperlihatkan adalah senjata utama Sora, iaitu Keyblade dimana melalui permainan Kingdom Hearts 3 ini, buat pertama kalinya senjata Keyblade tersebut berupaya untuk menukar atau transformasi kepada pelbagai bentuk senjata.
Menariknya, Keyblade tersebut juga mempunyai rekaan tersendiri mengikut dunia, dimana sebelum ini kami juga telah berkongsi senarai Keyblade yang terdapat di permainan ini. Selain daripada itu, Square-Enix juga memperlihatkan fungsi panggilan ‘Summon’, kuasa kemahiran kenderaan tarikan Disney, Gummiship dan sebagainya.
Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami sebelum ini telah berkongsi senarai harga bagi sebilangan edisi permainan tersebut. Sony juga sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa berkas Playstation 4 Pro Kingdom Hearts 3 yang mana anda boleh melayari pautan ini untuk mengetahuinya lebih lanjut.
Gamers Hideout juga sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara pelancaran tengah malam bagi anda yang berminat.