Dengan lancarnya permainan Resident Evil 2 hari ini, Capcom tampaknya bukan sahaja mempertontonkan video acah khas pelancaran permainan tersebut, tampaknya mereka juga memperlihatkan video promosi aksi-nyata khas buat permainan tersebut.
Seperti yang anda tonton di atas, video tersebut memperlihatkan watak Leon dan Claire dimana mereka melarikan diri daripada zombi-zombi yang terdapat di dalam bandar Racoon City. Menariknya juga, Capcom juga memperlihatkan adegan ikonik antara Leon dan Claire, dimana saat Leon menembak zombi yang berada di belakang Claire.
Video aksi nyata ini juga membuatkan kami mengingati video iklan aksi-nyata yang dilakukan oleh Capcom sebelum ini dimana ianya juga adalah video promosi untuk permainan Resident Evil 2 pada tahun 1998 lepas. Menariknya, video sebelum ini, ianya di arahkan khas oleh George A. Romero iaitu pengarah filem yang terkenal dengan filem-filem zombi.
Resident Evil 2 telah dilancarkan hari ini iaitu pada 25 Januari 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami di Aksiz pasti akan mengulas permainan ini pada masa akan datang.